Berikutan
pelantikan barisan menteri pada hari semalam oleh Perdana Menteri disertai
majlis angkat sumpah dihadapan Yang Dipertuan Agong, sebahagian besar rakyat
Malaysia rata-ratanya golongan muda melancarkan petisyen atas talian bagi
menunjukkan sokongan kepada YB Nik Nazmi selaku ketua Pemuda Pakatan Harapan
untuk dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan. Petisyen ini juga sebagai
bantahan kepada pelantikan YB Syed Saddiq Ketua Pemuda BERSATU yang terlalu
banyak kontroversi murahan dan masalah sosial.
Pada tahun
lalu seorang wartawan pernah memaparkan gambar beliau di kelab malam berserta
gambar minuman keras dan menari bersama para wanita kelab. Gambar itu diakui
tulen oleh Syed Saddiq sendiri dan beliau kemudiannya berjanji akan berubah. Namun
selepas menang pilihanraya pula beliau sering menggunakan “title” sebagai Ahli
Parlimen untuk meminta bergambar dengan para artis wanita muda apabila terjumpa
dengan mereka dalam program-program seni dan bergambar dengan cara penuh kontroversi.
Tindakan beliau itu kemudiannya mendapat kritikan netizen dan para pemimpin
politik Pakatan Harapan sendiri yang meminta beliau supaya jangan memaparkan
imej buruk sebagai pemimpin muda parti.
Minggu lalu
semua stesen media menjangkakan YB Nik Nazmi akan dilantik menggantikan YB Khairy
Jamaludin sebagai Menteri Belia dan Sukan namun jangkaan itu meleset. Para ahli
pemuda Pakatan Harapan juga menyatakan rasa kecewa mereka kerana Nik Nazmi
tidak dicalonkan sebagai Menteri Belia yang sepatutnya lebih berpengalaman dan
lebih lama dalam perjuangan bersama Pakatan Harapan. Petisyen itu telah
melebihi 10,000 undi yang menyokong YB Nik Nazmi sebagai Menteri Belia dan
Sukan namun Syed Saddiq dikatakan rapat dengan Mahathir Perdana Menteri ke 7
tiba-tiba dilantik tanpa pengetahuan Majlis Presiden Pakatan Harapan.
Gambar Syed Saddiq bersama para wanita dan minuman keras di sebuah Kelab Malam di Kuala Lumpur.