Tuesday, January 9, 2018

Bagaimana Isteri Azmin Mampu Simpan RM 7 Juta Dalam Akaun Bank?

Che Gu Bard semalam mendedahkan kertas siasatan Badan Pencegahan Rasuah yang dikeluarkan pada tahun 1996 mengenai akaun bank milik isteri kepada MB Selangor, Azmin Ali yang mempunyai RM 7 juta didalam akaun bank dibawah nama Samsidar. 

Menurut Che Gu Bard, Azmin telah bersekongkol dan berpakat dengan Mahathir bagi menjatuhkan Anwar pada tahun 1998 sebagai tukaran kepada melepaskan beliau dan isteri daripada dakwaan rasuah dan penyelewengan ketika beliau menjawat jawatan sebagai setiausaha kepada Anwar ketika itu. 

Buktinya ialah Azmin langsung tidak ditahan atau dirampas sebarang harta miliknya walaupun kertas siasatan sudah selesai beserta bukti. Mengikut SOP BPR ketika itu, mana-mana harta yang didakwa didapati secara rasuah atau seleweng akan dirampas dan dibekukan sementara waktu sehingga pendakwaan dilakukan. Walaubagaimanapun hal ini tidak berlaku dalam kes Azmin.

(Azmin dan Samsidar yang didakwa menyeleweng duit kerajaan ketika tahun 1996)

Persoalan yang cuba ditimbulkan oleh Che Gu Bard ialah bagaimana Azmin yang ketika itu berpendapatan hanya RM 2000 lebih dan isterinya juga kurang daripada RM 3000 mampu memiliki RM 7 juta didalam akaun bank dalam masa beberapa tahun? 

Untuk rekod, Azmin merupakan satu-satunya orang kanan Anwar yang tidak ditahan dan tidak pernah disiasat ketika semua orang kanan Anwar dan Anwar sendiri dipenjarakan dan diburu serta dipenjarakan. Perkara ini adalah sesuatu yang amat pelik kerana bagaimana Azmin boleh terlepas daripada radar kerajaan Mahathir ketika itu sedangkan yang ramai yang lain termasuk yang hanya mempunyai bau-bau bacang dengan Anwar juga ditahan dan dipenjarakan. 


(Live Video Facebook Che Gu Bard semalam yang ditontot lebih 11,000 orang)


Wartawan: Ahmad Saidi Ismail