Monday, January 22, 2018

Keluarga Mangsa Culik Dedah Mufti Perlis Berang Dengan Mangsa Sebelum Mangsa Hilang

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dibawah Yang Dipertuan Agong hari ini dimaklumkan melalui pasukan siasatan khas inquiry berkenaan kehilangan 4 individu termasuk 3 orang aktivis gereja dan seorang aktivis Syiah bahawa Mufti Perlis pernah menyerbu sendiri bersama pasukannya ke rumah milik salah seorang mangsa culik berkenaan dan memaki hamun anak mangsa serta mangsa. 

Pendedahan yang menggemparkan ini telah menyebabkan kesemua hadirin terkejut dengan penglibatan Mufti Perlis dalam operasi berkenaan yang memangsakan NGO Perlis Hope yang banyak membantu kebajikan rakyat miskin di Perlis. Turut disebut dalam inquiry adalah nama bekas Menteri Besar Perlis, Shahidan Kasim yang dikatakan terlibat sama dengan Mufti Perlis. 

Menurut isteri mangsa, suami beliau diserbu dipejabat dan dirumah oleh beberapa orang daripada pejabat mufti bersama dengan Mufti Perlis sendiri. Anak beliau pula dimarahi dan diherdik dengan kasar. 

Apabila ditanya mengenai sebab serbuan, mereka tidak memaklumkan malah meminta suami mereka datang sendiri ke pejabat mufti. 

Tindakan serbuan ala gangster adalah amalan Jabatan Agama Islam di setiap negeri namun penglibatan mufti sendiri menyerbu tempat kejadian adalah pertama kali berlaku dalam sejarah operasi Jabatan Agama.