Monday, January 8, 2018

Jabatan Agama Johor Gugur Semua Kes Ke Atas Syiah, Perak Kuatkuasa Larangan Ke Atas Rozaimi Ramlee

Jabatan Agama Perak semalam telah membuat keputusan untuk menguatkuasakan larangan ke atas seorang pensyarah agama Dr Rozaimi Ramlee manakala Johor pula telah menggugurkan semua kes ke atas masyarakat minoriti Syiah buat masa ini. 

Tangkapan terbesar ke atas masyarakat Syiah didalam negeri itu berlaku pada satu perayaan Muharam yang disambut dengan kedukaan masyarakat Syiah. Mereka ditahan hanya untuk proses siasatan. Kes-kes ke atas masyarakat Syiah yang terkumpul sejak beberapa tahun lalu juga dikatakan telah digugurkan mengikut sumber Revolusi Habib. 

Sementara itu, mesyuarat Jabatan Agama Perak  pula mengambil keputusan untuk melarang Doktor Rozaimee Ramlee yang didakwa menyimpang daripada ajaran Islam mengikut mazhab amalan di negeri Perak. 

Rozaimee yang terkenal dengan semangat pro Arab Saudi dan hudud telah dilarang untuk berceramah di Selangor dan Johor kerana ceramah beliau tidak bersifat akademik, emosional dan menimbulkan perpecahan. Beliau juga terkenal dengan sentimen anti-Syiah dan telah beberapa kali gagal menjawab persoalan ditimbulkan oleh para aktivis dan pemimpin Syiah. 

Beliau juga telah didapati beberapa kali tersalah dalam hadis dan memadam posting di facebook sejurus kesalahan beliau ditegur oleh masyarakat awam. 

Tindakan kerajaan Johor menggugurkan kes-kes terhadap masyarakat Syiah turut disambut baik dan dipuji oleh pemimpin-pemimpin politik daripada Barisan Nasional dan Pakatan Harapan di negeri Johor. 

Ketika tangkapan di sebuah hauzah Syiah di Johor.

Wartawan: Ahmad Saidi Ismail