Monday, January 8, 2018

90 Peratus Netizen di dalam Portal Sinar Harian Bidas Pemuda Pakatan Harapan Kerana Mahu Belanja RM 1 Billion untuk BPL

Portal Sinar Harian hari ini menyiarkan kenyataan media Pemuda Pakatan Harapan yang mempertahan pendirian mereka untuk membelanjakan RM 1 Billion sekiranya menang dalam pilihanraya bagi memberikan siaran percuma liga bolasepak BPL. 

Didalam ruangan komen portal Sinar Harian, terdapat lebih kurang 200 komen daripada pegguna facebook dan 90 peratus daripadanya mengutuk tindakan Pemuda PH yang dilihat sebagai tidak masuk akal, membazir dan tidak idealistik. 

Menurut statistik, jumlah RM 1 billion itu mampu mendirikan 3 buah hospital setaraf hospital Sungai Buloh namun Pakatan Harapan tidak menyatakan hasrat untuk menambah baik hospital kerajaan malah tidak langsung menyentuh mengenai isu-isu berkenaan hospitaliti dan hak rawatan untuk rakyat Malaysia dalam manifestonya. 

Untuk rekod, setakat ini hanya Gabungan Kiri yang dikepalai Parti Sosialis Malaysia yang meletakkan masa depan hak rawatan secara percuma dan penambah-baikan hospital awam di Malaysia didalam manifestonya.