Tuesday, January 16, 2018

Pemimpin Muda Parti Keadilan Sindir Aktivis Hak Asasi Yang Mahu Boikot PRU 14

Gempar di media sosial apabila facebook milik seorang pembantu kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menulis secara sindiran kepada seorang aktivis daripada sebuah NGO hak asasi berkenaan isu memboikot pilihanraya ke 14. 

Pembantu kepada pemimpin PKR yang enggan namanya disiarkan oleh Revolusi Habib mendakwa, aktivis yang dimaksudkan itu bukan sahaja selalu meminta ahli parti mereka menyertai demontrasi anjuran mereka malah individu itu juga turut meminta wang perbelanjaan yang besar untuk menganjurkan demontrasi dibawah nama non-partisan dan anak muda. 


Menurut sumber itu lagi, aktivis tersebut memohon peruntukan yang besar daripada kerajaan Selangor namun apabila diberikan, mereka tidak membelanjakan wang tersebut seperti yang dinyatakan didalam kertas kerja mereka. 


Beliau juga kecewa dengan aktivis tersebut kerana sepatutnya individu tersebut lebih faham mengenai "tranparency" kerana bekerja dengan sebuah NGO hak asasi manusia terkenal di Malaysia yang melakukan pelbagai pendedahan mengenai salahlaku dan juga membawa isu berkaitan kebenaran dan keadilan. 

Revolusi Habib dimaklumkan sebanyak hampir RM 50,000 wang tunai pernah diterima oleh individu berkenaan atas alasan mahu menganjurkan demontrasi bagi memberi kesedaran kepada generasi muda, dan menggunakan saluran parti untuk memohon dana tersebut namun kesedaran yang diwujudkan hanyalah untuk lebih membenci parti-parti dalam pembangkang dan bukannya untuk membantu menumbangkan Barisan Nasional. 


wartawan: Ahmad Saidi Ismail